Asal dalam dakwah ini adalah menyeru kepada
jalan Allah, yang mana dihujung jalan ini, hamba itu akan mencapai matlamat
akhirnya iaitu keredhaan tuhan..Allah berfirman:
"serulah
ke jalan tuhanMu dengan hikmah kebijaksanaan dan peringatan yang baik...."
maka
dalam kita berorganisasi, atau bergerak dalam apa-apa gerakan atau parti
politik atas semangat dakwah, kita perlu jelas dalam memahami hakikat
ini..bahawa tujuan dakwah kita bukanlah menyeru kepada parti kita dan
organisasi kita..
tujuannya adalah Allah..dan seseorang boleh mengambil
mana-mana jalan yang dia lihat akan menemukan dia dengan matlamat itu,
termasuklah segala pertubuhan dan gerakan islam yang ada...
mana-mana
organisasi, pertubuhan atau parti tak boleh memutlakkan islam hanya kepada
dirinya sahaja..sehingga apabila dilihatnya muslim itu menyimpang dari landasan
parti, atau mengkritik pertubuhan tersebut, atau berubah pandangan/pendirian
terhadapnya, dihukumnya sebagai munafiq, menyimpang daripada perjuangan Islam,
tercicir(mutasaqitin) daripada jalan dakwah dan sebagainya..
dunia
semakin berkembang..hatta ijtihad-ijtihad dalam hukum fiqh juga
berkembang...malah perbahasan fiqh sekarang telah menjangkaui pandangan
mazhab-mazhab dominan demi memenuhi maslahah ummat..
maka begitu juga dengan
organisasi dan pertubuhan ini..dalam sebahagian keadaan, kita sokong pendirian
dan strategi sesuatu pertubuhan..namun boleh jadi pndirian itu tidak lagi
dilihat relevan dalam konteks yang lain..maka jika islam dieksklusifkan untuk
pertubuhan tersebut, agama ini akan dilihat sebagai tidak relevan..
*sekadar
pandangan hasil pemerhatian terhadap beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir
ini..
fa'tabiru!
-'Abd Ar-Rahim Ellias-