Monday 13 June 2016

Dakwah

Asal dalam dakwah ini adalah menyeru kepada jalan Allah, yang mana dihujung jalan ini, hamba itu akan mencapai matlamat akhirnya iaitu keredhaan tuhan..Allah berfirman:

"ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة...."
"serulah ke jalan tuhanMu dengan hikmah kebijaksanaan dan peringatan yang baik...."

maka dalam kita berorganisasi, atau bergerak dalam apa-apa gerakan atau parti politik atas semangat dakwah, kita perlu jelas dalam memahami hakikat ini..bahawa tujuan dakwah kita bukanlah menyeru kepada parti kita dan organisasi kita..

tujuannya adalah Allah..dan seseorang boleh mengambil mana-mana jalan yang dia lihat akan menemukan dia dengan matlamat itu, termasuklah segala pertubuhan dan gerakan islam yang ada...

mana-mana organisasi, pertubuhan atau parti tak boleh memutlakkan islam hanya kepada dirinya sahaja..sehingga apabila dilihatnya muslim itu menyimpang dari landasan parti, atau mengkritik pertubuhan tersebut, atau berubah pandangan/pendirian terhadapnya, dihukumnya sebagai munafiq, menyimpang daripada perjuangan Islam, tercicir(mutasaqitin) daripada jalan dakwah dan sebagainya..


dunia semakin berkembang..hatta ijtihad-ijtihad dalam hukum fiqh juga berkembang...malah perbahasan fiqh sekarang telah menjangkaui pandangan mazhab-mazhab dominan demi memenuhi maslahah ummat..

maka begitu juga dengan organisasi dan pertubuhan ini..dalam sebahagian keadaan, kita sokong pendirian dan strategi sesuatu pertubuhan..namun boleh jadi pndirian itu tidak lagi dilihat relevan dalam konteks yang lain..maka jika islam dieksklusifkan untuk pertubuhan tersebut, agama ini akan dilihat sebagai tidak relevan..


*sekadar pandangan hasil pemerhatian terhadap beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini..


fa'tabiru!


-'Abd Ar-Rahim Ellias-


No comments:

Post a Comment